Pages

Wednesday 5 October 2011

KEBIASAAN 2

Sebenarnye, kebiasaan aku ada 7 kesemuanya. Hohohoho!


Assalamualaikum..

Okeh ini sambungan kepada entri aku yang bertajuk Kebiasaan tu. Hah moh kito baco

4) Aku mesti teguk air kosong sebelum tidur

Seteguk pun jadilah. Janji aku rase air tu sejukkan mulut aku, baru boleh tidur lena beb. Kawan2 pernah jugak tanya kenapa mesti minum air? kenapa tak gentel bantal ke, main piano ke (?), pergi dangdut ke kan? kan? kan?. Banyaklah kau punye piano dangdut bagai. So aku pun jawablah air ni kan bagus. Melancarkan perjalanan darah dalam badan dan sebagai pelincir. Boleh bagi kulit anjal sambil tidur gitu. Eceh...

Padahal dulu mak aku penah cerita pasal sorang budak kecik jadi hantu sebab sebelum tidur haus tapi tak dapat minum air. So dalam tidur, roh dia berkeliaran cari air. Tiba2 roh budak tu jumpa balang air dan dia masuk dalam balang tu nak minum air. Ntah macamane ada orang betul2 tutup balang air tu. Roh budak tu tak sempat keluar. Bile dah tak boleh keluar, tak dapatlah roh tu masuk balik dalam badan die kan, so budak tu mati.
Ha ambik kau, sampai sekarang aku minum air sebelum tidur sebab takut jadi macam budak tu. Sekarang, silalah ketawakan aku.

5) Aku suka cakap 'terima kasih'

Eleh semua orang pun cakap terima kasih lah. Apedehal? Ehh lawan tokey.. Ini serius ok. Aku baru aje discover kebiasaan aku yang ke-5 ni sejak dua menjak 3 menjak aku kerja kat UTM. Macamni cerita die. Satu hari tu aku masuk bilik printer. Bos aku suruh print ape ntah dah lupa. Banyak la jugak. Hack..

So sambil nyanyi2 lagu walinunglayangsari putri bistari aku pun happy2 lah masukkan dokumen yang nak diprint kat printer, tit! tit! tit! tekan nombor pekerja dan buat copy banyak2. Okeh encik printer beri kerjasama yang amat kiut. Selepas setel, aku terus rembat kertas yang dah di copy dan ambik dokumen original dan cakap terima kasih. Terus ke meja. Kali ni nyanyi lagu Pussycat Dolls pulak.

Pushin' up my button bebeh, ahah!~

Owh sungguh nyaman terasa kerja semua setel. Eh? kejap kejap kejap!! waidemenet!

Tiba2 aku perasan sesuatu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku cakap terima kasih kat printer ke tadi?

D.A.M.N........











No comments:

Post a Comment