Pages

Thursday 15 September 2011

KEBIASAAN


Assalamualaikum kawan-kawan. Kau orang sihat? Senyum sikit. Haa comel pun nampak gigi. Kau orang tahu tak, aku ada banyak kebiasaan yang tak dapat aku nak ubah dari dulu sampai sekarang. Tak tahu? ha ni aku nak bagitahu. Tahu? Ye betul. Aku suka guna 'tahu' daripada 'tau'. Sebab aku rasa 'tahu' tu lagi cool. haha.

Ok back to the topic. Antara kebiasaan yang paling ketara dan aku tak boleh nak ubah dari dulu sampai sekarang ialah

1) Aku suka bau makanan sebelum makan.

Ha ni yang paling ketara. Orang sekeliling pun perasan perangai aku ni especially bila time makan kat kedai. Biasanya laukla yang aku dok hidu. Tapi takde la sampai aku jengah kepala dalam tray lauk tu. Hish tu melampau. Kalau nak bau, aku ambil sudu atau senduk lauk tu, dan bau sikit je kt bahagian belakang dia dalam 2 saat gitu. Ha sopanla sikit kan. Lagipun dengan cara ni, aku dapat pastikan yang lauk tu lauk ape. Yelah kan, kadang2 lauk kari nampak macam rendang, rendang pulak macam kari. Dan bukan setakat lauk je yang aku hidu. Ape2 makanan sebelum aku suap dalam mulut, aku akan hidu dulu. Ambik feel la konon. Haha.. ok tak kelakar

2) Aku suka makan batang sayuran daripada daunnya

Ye betul tu. Dari dulu lagi kalau makan sayur, aku lagi suka makan batangnye daripada daunnye tak kiralah ape kaler pun sayur tu atau macamane pahit pun dia. Aku suka, sebab rangup dan aku rase cool makan batang sayuran tu. Contohnye macam kangkung, sawi, kailan, kobis panjang dan macam2 lagi lah sayuraan yang berbatang. Aku pun tak tahu lah kenape, tapi memang dari dulu lagi aku macamtu. Maybe sebab faktor family jugak kot. Adik aku lagi suka makan daun sayuran so aku rasa membazir sangat batangnye tak dimakan terbiar aje dalam pinggan. Maka aku pun kaut dan ngap! Aku pun bukan jenis memilih sangat pasal makanan. Kayu dengan batu aje yang aku tak telan. Rugi woh memilih makanan ni! Salah satu nikmat dunia tu. Boleh tak aku nak cadangkan kat akak2 jual sayur supaye lepasni kalau jual kangkung, asingkan daun dengan batangnye? agak2 kakak tu luruskan kaki tak kat muka aku?

3) Aku tak makan/minum benda panas

Ni lagi satu perangai aku yang aku rase agak pelik la jugak. Kadang2 bosan jugak asyik minum air berais, so kalau pegi kedai, aku tak akan order yang panas2 macam milo panas atau ape pun variasi minuman panas. Sebaliknye aku akan order yang suam2 macam kopi 0 suam, teh o suam dan lain2. Selalu kalau abang brader kedai tak paham bahasa orang mintak suam die bagi panas, memang aku bebulu beb. Sebab aku terpakse pulak nak kena tunggu air tu betul2 sejuk atau suam baru boleh minum. Takpun mintak sikit ais kat member sejati satu meja aku nak kasi air tu suam cepat. Same jugak macam makanan. Aku tak akan makan makanan yang tengah berasap tu. Orang cakap, ''aish, panas2 lah best bro!''.. memang nehi la dengan aku. ''Abis tak kan nak oder nasik goreng suam jugak bro? Aparaa lu''.. Ah sukati aku lah!

Orang2 yang rapat dengan aku je tahu aku tak makan/minum benda tengah panas berasap. Dulu time breakfast nak pegi sekolah, mak aku mesti akan sendukkan dulu nasik aku dalam pinggan siap2 kasi sejuk sementara aku mandi dan bersiap pakai baju skolah. Air milo pun macam tu jugak. Die tahu anak die tak makan panas2. Kalau yang goreng2 macam jemput2 tepung pun gitu jugak. mak aku siap koyak2kan cekodok tu banyak2 kasi sejuk dan asingkan tuk aku dalam pinggan lain. "hihi gedik jugak kau doh!" Aku tak manje dengan mak, so time tu ajelah aku dapat merasa dimanja2kan mak. Alah korang ni, jeles letew. Agaknye sebabtu lah aku terikut2 sampai sekarang kot tak makan yang panas2.

Ha tu ajelah kot setakat ni. Kalau ade lagi, nanti aku post lagi. Eceh macamlah ade orang nak bace. Haha.



Aku yang baju ungu kiri sekali tengah makan sate tu. Ye, sate bukan sejenis sayur jadi aku tak akan makan batangnye. Gile kau?





No comments:

Post a Comment