Pages

Friday 16 December 2011

Little Purr

I'm Emelie

Momma's boy

Tv time beybeh


Awww.... Isn't he cute? Wish I have one.


more pictures on Jamii's page


Tuesday 29 November 2011

APAKAH



Assalamualaikum pakcik Karim! Yang bukan name karim pun Assalamualaikum jugak!


Ah sudah... Aku tersilap guna 'facebook like button'.. Aku nak letak like button below each post, tapi aku terguna like button code tuk the whole blog. So bila ada orang yang like SATU daripada post aku, automatically dia akan like the WHOLE blog posts.!! ada paham kaa?

Ke aku harus bergumbira? Yelah sebab lepasni sape like post aku mean dia like SEMUA post aku. Haha.. Ape? Takmau? Alah kawan tolong kawan ape salahnye khaan khannn??? Well it's more like killing two birds with one stone. Betui dak?

hey


like ek jangan tak like. hehe

Thursday 24 November 2011

LEARNING

me
4 me


Today, I learnt how to re-size my picture from youtube! MOah I love it.







Wednesday 23 November 2011

NO TITLE

I went here, I went there
I clicked here, I browsed there
and here I am...

SOMEONE, SOMEPLACE AND A SMILE

Enough for now.. Need to fetch my roommate from her office and back home stretching my back and rest my eyeeesss.... ok bye


thank you deliciousdesignstudio.com for giving out a yummy blog header! hiks.. i love it to the bits..




Thursday 17 November 2011

KANAK-KANAK RIBENA

Nilah kerja aku time tak ada kerja nak dibuat kat opis sejak dua menjak ni.

-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--



hehe..






Wednesday 16 November 2011

HAI CANTIK

This is my new facebook login interface.



I bet you are jealous at me now. hik!





Thursday 3 November 2011

KEJAP KEJAP!


Sumpa aku cakap, aku tak tahu traffic tu ape and macamane nak tinggalkan traffic or footprint bila aku walking kat blog orang lain or vice versa.. please please please please someone help me!! I love blogging but have no single idea on how to make it a pleasant.

Arghhhh... aku emo jap..




HAI



Assalamualaikum!

Ye aku tahu blog aku tak cantik, huduh. Kalau nak tahu, aku dalam proses nak ubah layout, font, itu ini begitu begini bagai. Tapi aku takde cikgu nak tolong ajarkan (plus kemalasan sendiri hihi). Takpelah, slow2. Aku pun dah lame tinggalkan alam blog ni. Last guna time stadi kat poli dulu. Tu pun blaja asas2 aje. Coding2 semua tak ade dalam silibus aku sebab aku ambik course Kesetiausaha-a-a-a-a-an bukan Pengkomputera-a-a-a-an (ape motif? saje..).

Aku pun still tak nampak lagi arah tujuan blog aku ni. Setakat ni aku tak tetapkan lagi blog ni blog masak ke blog melawa ke blog menggedik2 ke. hik... tapi aku rase lebih ke arah blog merapu kot. hik.

Ok lah. Caw!


Nah amekaw gambar aku saje jadi katak kembung


'katak kembung katak kembung
katak kempis katak kempis'
(cakap laju2)




Wednesday 19 October 2011

SURAT BIRU

Sepucuk Surat Biru Bernukil Dakwat Doa



Ya 'Alim,
di manakah silapnya aku
menjadi punca kepada kehancuran
berkecai sudah rindu dan sayang
tatkala impian menebar awan


Ya Ghaffar,
tunjukkan aku jalan
hati yang kosong minta dipenuhkan
jiwa yang tandus pohon dihujankan
tangan yang kecil minta dibimbingkan
aku ini insan lemah mainan syaitan


Ya Khabir,
kisah hidupku rahsia ilmuMu
zikir dan tasbih membasah sujudku
temukan aku cahaya yang satu
jodohkan aku cinta dariMu
redhakan aku dengan urusanMu
lemahnya aku hinanya aku
membuat dosa saban waktu
ampunkanku
Ya 'Afu







19/10/11
sfs






Tuesday 18 October 2011

CAMWHORING



Hai semua!
Harini terasa macam nak bercamwhore
layan kan aje ek. (*o~)V
hikhik!





1) maroon pink strip pashmina + maroon Indonesian jubah





2) Ohh kurusnya daku ;)
sebarang komen tentang pipi yang tembam takkan dilayan. 8)






3) Ada ropol2 kat bahagian bawah yang membuatkan jubah ni super cute!
Tapi kawan2 kate ropol2 tu buatkan macam aku ni bantal peluk bergerak. hoho
Macam cadar katil pun ade jugak sekali tengok. haha! tapi comel okeh. Sebab tu time nampak jubah ni tak pikir lebih2 dah terus beli sebab die sangat comel! :) lagipun murah aje. Cuma RM65 tau. Mane nak dapat harga jubah gitu kat jb ni? Biasa kat luar RM90+ sebab import mali indonesia maaa.. Haaa.. lagipun saje mengumpul baju, dah keje ni kan.. bile lagi ye dak?




Sesekali act like a diva pegi ofis ape salahnye. haha diva lah sangat.


sekali lagi~
bubuy sumuwu! suyung kurung!! :)





Monday 17 October 2011

PERASAAN


Aduh!
Hatiku ditusuk sembilu!!
porke? porkee me amor???
huh...


Ni semua gara2 menerjah blog2 yang best lagi comel. Harini aku jumpa blog Bows and a Rose dan My Amethyst. Silalah tengok dan korang mesti bagi pendapat yang sama macam aku cakap tadi; best dan comel. Aku blogwalking tapi tak tinggalkan jejak. Hehe..

Tiap kali ke blog dorang, hati tak henti2 cakap ni --->Blog sangat comel :) dan simple.


Adoi! adoi!! aku tercocok sembilu lagi gara2 kata hati sendiri... sobsob


Apelah sangat nak dibanding dengan blog aku yang kosong lagi beterabur ni! :'(

Takpe2, lame2 nanti mesti ok. Lagipun sekarang ni aku boleh online time kerja je sebab tak ada berukband. So tak banyak yang boleh diconstruct.

Ape2 pun, isi yang baik mengatasi rupa paras, betul idak? hohohohoho ayat untuk sedapkan hati sendiri aje tu.

Ok tu aje.. sila muncungkan mulut dan sebut ni --------> BUBUY SUMUWU! SUYUNG KURUNG! (babai semua, sayang korang)

ahak! :)
ngade







Friday 14 October 2011

Ahh It's Friday Again

GUYS

Do you know how much girls like to see you wearing this.
(gambar ehsan abg google)





it makes you look sooooo innocent. (even if you're not) :p
(ni pun rembat dari google)



Trust me..


Even when Dato' Chong Wei pakai pun nampak hensem and sweet


So, pakailah baju melayu yang dok tergantung dalam lemari tu tiap hari jumaat. Takyah tunggu raye. Kite suke tengok tau. Pakai oke





obsession?
Naahhh.. It's a dream
..peace yaw..






Thursday 13 October 2011

Yo!

Assalaamualaikum

Harini tak ada mood nak berposting2 dengan diari maya ni sebab aku tak berapa nak sihat. Mata sakit, kepala bengal2. U know bengal? No..... not benggali but B.E.N.G.A.L. Ntah aku pun tak tau ape exact meaning bengal tu. But..

All of all, ini semua berpunca dari satu sebab








S.T.R.E.S.S




Wednesday 12 October 2011

IT'S WEDNESDAY



Assalaamualaikum tawantawan! :)


Aargh.. It's a hard week for me so far. Well, I miss my boyfie like soooooo DAMN much. Malam tadi baru aje mimpi dia. It was a blur dream. He was standing afar while watching me with his warm stare. And I stare at him back hoping that he'll come to me or at least give me a warm smile. But no. It was just a stare. Adoi. How come like that la B? Why just stare? I miss you so much tahu? Cubalah datang borak2 takpun bagi hug ke ape kan. At least terubat rindu ni. Hihihi gatey. 8)


And i called my mom last night right after i finish my Isha' solah. And guess what? I almost cry for no reason! Blergggh.. I dont know why. Mybe sebab waktu tu aku tengah elok selimpuh kat sejadah, so mood sangatlah rapuh seperti tisu Primeer. hoho.. Kalau boleh nak share macam2 dengan mak pasal kesedihan hati ni. But what to do, i am not that kind of manja2 dengan mak. Apatah lagi nak berkisah2 pasal kesusahan aku kat sini ataupun menangis sebab rindu kat pakwe. Nehi mere beteh.


Never mind. I'll keep going and stay strong. Yeah kemon bebeh! Good girl. Balik nanti aku belanja diri sendiri pizza. 8)


Amek kau!


aduhh.. Aku dahla tengah lapaw ni






Thursday 6 October 2011

SAKIT

Assalaamualaikum

Malam2 buta tadi, aku terjaga. Jam kat henpon tertera pukul 2.57 pagi. Sakit tu datang lagi. Puas aku tahan tapi tak boleh go jugak. Pusing kiri salah pusing kanan pun salah. Aku kuatkan semangat lagi dan cuba lawan sakit tu. Pejam mata dengan harapan sakit tu berlalu dan aku terlena. Tapi..... Arggghhhh... Tak berjaya.

Aku gagahkan diri dan bangun. Dalam gelap pekat bilik yang sejuk dengan kipas berkelajuan nombor 3, aku meraba2 mencari jalan menuju ke handbag aku yang aku letak kat hujung kaki. Bilik yang sejuk, badan menggigil, tapi aku berpeluh! DAMN. Kenapa sekarang? Aku rasa macam nyawa aku dah kat tekak aje masa tu. Sakit yang aku rasa berlawan dengan rasa berpinar dalam kepala.

Be strong cik siti. Ini semua dugaan.

Dinding bilik yang sejuk aku gunakan sebagai pemandu arah aku. Jalan menuju handbag yang cuma lebih kurang 2 meter terasa seperti 2 kilometer. Sakit mak... Tolong ana mak. Peluh sejuk mengalir di dahi. Aku manahan sakit sorang2. Aku tak sampai hati nak kejutkan kawan sebilik dari tidur. Dia lena. Kepenatan agaknya.

Sampai jugak aku ke handbag. Aku capai dan bukak zip handbag. Tangan menggagau mencari ubat. "Mana ubat ni? Semalam ada dalam ni".. Aku cari lagi. Partition depan, tak ada. Partition belakang, pun tak ada. Aku cuba pulak bukak zip kat bahagian tengah beg. Jumpa.

Alhamdulillah.. ada.

Aku ambil air mineral yang memang tiap hari aku letakkan di sebelah handbag, dan teguk bersama sebiji ubat. Urat yang tadi tegang terasa kendur sekejap. Kemudian aku berpatah semula ke tilam. Rebahkan badan dan hanya menunggu masa ubat menjalankan tugasnya. Sakit yang dirasakan tadi masih ada. Menitik air mata menahan rasa yang menyucuk. Allahuakbar.. Itu aja yang keluar dari mulut. Bantal busuk empat segi besar yang memang busuk tu aku peluk erat. Walaupun busuk, tapi aku sayang.

Aku sendiri tak sedar bila aku terlelap. Aku sendiri tak sedar berapa lama aku menahan kesakitan. Sedar2, alarm henpon aku berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 6.35 pagi. Aku bangun dan meraba perut. Alhamdulillah.. Sakit dah hilang. Aku bersyukur pada Allah sebab aku berjaya melalui sakit tu. Memang perit, tapi syukurlah dia dah hilang. Itu yang penting.

Itulah namanya sakit senggugut. Pada yang tak tahu, dan tak pernah rasa terutamanya lelaki, bersyukurlah sebab anda semua tak melalui kesakitan tu saban bulan. Bila makwe, kakak atau kawan2 merungut sakit perut sebab senggugut, janganlah melenting. Sebaliknya tenangkanlah dorang. Korang tak faham macamana sakitnya menahan sakit yang satu itu. Datang bulan adalah bilamana tahap ketahanan fizikal wanita menjadi lemah, begitu jugak dengan mentalnya. Dan seterusnya mempengaruhi emosi mereka.

Usahlah dimarah, atau disakitkan hati mereka. Sebaliknya...

Bersyukurlah.

Kerana korang tak perlu melalui fasa yang sama setiap bulan.









Lagi satu, bawak dorang jumpa pakar. Sebab senggugut yang teruk bukan satu petanda normal dan makwe/wife/kakak korang tu mungkin ada masalah kesihatan dan boleh membahayakan nyawa dorang satu hari nanti. So, Love your WOMAN.


(This post is for education meant) *be health yo!




Wednesday 5 October 2011

KEBIASAAN 2

Sebenarnye, kebiasaan aku ada 7 kesemuanya. Hohohoho!


Assalamualaikum..

Okeh ini sambungan kepada entri aku yang bertajuk Kebiasaan tu. Hah moh kito baco

4) Aku mesti teguk air kosong sebelum tidur

Seteguk pun jadilah. Janji aku rase air tu sejukkan mulut aku, baru boleh tidur lena beb. Kawan2 pernah jugak tanya kenapa mesti minum air? kenapa tak gentel bantal ke, main piano ke (?), pergi dangdut ke kan? kan? kan?. Banyaklah kau punye piano dangdut bagai. So aku pun jawablah air ni kan bagus. Melancarkan perjalanan darah dalam badan dan sebagai pelincir. Boleh bagi kulit anjal sambil tidur gitu. Eceh...

Padahal dulu mak aku penah cerita pasal sorang budak kecik jadi hantu sebab sebelum tidur haus tapi tak dapat minum air. So dalam tidur, roh dia berkeliaran cari air. Tiba2 roh budak tu jumpa balang air dan dia masuk dalam balang tu nak minum air. Ntah macamane ada orang betul2 tutup balang air tu. Roh budak tu tak sempat keluar. Bile dah tak boleh keluar, tak dapatlah roh tu masuk balik dalam badan die kan, so budak tu mati.
Ha ambik kau, sampai sekarang aku minum air sebelum tidur sebab takut jadi macam budak tu. Sekarang, silalah ketawakan aku.

5) Aku suka cakap 'terima kasih'

Eleh semua orang pun cakap terima kasih lah. Apedehal? Ehh lawan tokey.. Ini serius ok. Aku baru aje discover kebiasaan aku yang ke-5 ni sejak dua menjak 3 menjak aku kerja kat UTM. Macamni cerita die. Satu hari tu aku masuk bilik printer. Bos aku suruh print ape ntah dah lupa. Banyak la jugak. Hack..

So sambil nyanyi2 lagu walinunglayangsari putri bistari aku pun happy2 lah masukkan dokumen yang nak diprint kat printer, tit! tit! tit! tekan nombor pekerja dan buat copy banyak2. Okeh encik printer beri kerjasama yang amat kiut. Selepas setel, aku terus rembat kertas yang dah di copy dan ambik dokumen original dan cakap terima kasih. Terus ke meja. Kali ni nyanyi lagu Pussycat Dolls pulak.

Pushin' up my button bebeh, ahah!~

Owh sungguh nyaman terasa kerja semua setel. Eh? kejap kejap kejap!! waidemenet!

Tiba2 aku perasan sesuatu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku cakap terima kasih kat printer ke tadi?

D.A.M.N........











Tuesday 4 October 2011

INI AKU

Post yang ini ditujukan khas kepada sesiapa yang tak kenal aku.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Nilah aku.
Taik lalat besar atas bibir
gigi jarang
gigi arnab depan
kulit gelap
montel
tak brape nak cantik *sobs..
kuat merapu
keras kepala
bila penat cepat moody
suka berkawan
suka buat lawak tak kelakar *bluek
banyak kesan jerawat kat muka
double chin *grin
muka bulat
emm..apa lagi?


Tapi itulah aku. Terimalah aku seadanya aku. And i'll do the same to you. Sebab kita semua tak sempurna. Hargai apa yang kita miliki sekarang sebab bersyukur itu lebih menenangkan hati dan menyuburkan jiwa (macam saya :p)..

I'll show you my kelemahan di samping kelebihan di awal pertemuan supaya tak ada lagi pura2 sepanjang perkenalan. Agree? So, kalau agree angkat perot. :p



deal?
mooah!!

bubyye






HADOYAI..

Kaley vanakam.

Blog,
Facebook,
Yahoo! Mail,
UTM Email,
UTM Gmail,
UTM HRfin
Email Fakulti
Maybank2u
Cimb
Bank Islam
Maybank
Asb

the hack...

Haa tu semua akaun laman web/bank yang aku ada buat masa ni. Kat tempat kerja pun dah ada dekat 4 dah tu. Bila dah banyak2 akaun ni, pening pulak nak create password. Lagi pening nak ingatkan semua tu weh!

Nak tulis kat diari, tak secure pulak. Nak buat note dalam henpon pun tak secure jugak. Nak ingat aje dalam kepala, takut terlupa. haih..

Tulah, siapa suruh ngada2 bukak akaun twitter pulak??

Hehe.. silalah follow aku kat twitter ye.. thihii.. ;) ngade.. ni dia --------> @farhanasalime

Bubbye!!





Monday 3 October 2011

OKTOBER OH OKTOBER

Assalamualaikum

Harini 3 haribulan 10. Pagi tadi masa panaskan enjin kereta, tiba2 teringat lagu Awie, Tragedi Oktober. Tragedi April tak ada pulak si abang Awie nak nyanyi. Tak sedap kot nama April tu.

Masuk ofis, bukak email bos. Oh my gaddddd.... Ada meeting penting. Terus bagi sms kat bos cakap kat dia yang pagi ni pukul 11 ada meeting sekian2 kat pejabat sekian2.

''Ok cik siti saya on the way ke meeting tu dah ni''. Happy sekejap sebab dapat berkhidmat tuk bos. Pergi kantin beli makan tuk brunch, makan2 dengan kawan2 ofis. Borak2 sambil makan. Dan burrpp kekenyangan.. ''Fuh terasa best je harini sebab pagi2 lagi dah jadi setiausaha yang berkaliber''..

Best? BERKALIBER?

Tiba2 aku dapat call dari bos.. ''Em siti, kenapa bilik meeting yang awak cakap ni gelap aje? Dah pukul 11.02 dah ni. Saya tak nampak sorang pun participant mai? Nehi.. Awak biar benar?'' BIAR BENAR? ye, BIAR BENAR cik Siti..

Aku pun kelam kabut kalut kelibut. "What happened nih?" Aku tanya diri sendiri.. Tak ada jawapan. Check semula email. Dan 3 saat selepas baca email tu aku tepuk dahi sendiri.. ohmygaaaaaaad... Meeting tu 10 Oktober bukan 3 Oktober.

Sekarang baru aku paham kenapa abang Awie nyanyi lagu Tragedi Oktober, bukan Tragedi April atau Mac atau Julai apatah lagi Januari.




Thursday 15 September 2011

SENYUM MACAM CIK SITI

Kalau kau orang tak tahu, aku orang Negeri Sembilan. Sekarang menetap kat Skudai. Video kat bawah ni video kampung aku kat Felcra Lakai, Negeri Sembilan nun. Serius cakap, landskap kampung aku cantik. Ade sawah siap gunung-ganang kat belakang. Tak caye? ha silalah enjoice video.




Video: Aku, adik aku si FarahSalime dan dua orang budak2 kampung yang riang2 gembira mandi sungai. Aku si specky bertudung puting. comel kan? Farahsalime kate aku botox :) waklu botox




KEBIASAAN


Assalamualaikum kawan-kawan. Kau orang sihat? Senyum sikit. Haa comel pun nampak gigi. Kau orang tahu tak, aku ada banyak kebiasaan yang tak dapat aku nak ubah dari dulu sampai sekarang. Tak tahu? ha ni aku nak bagitahu. Tahu? Ye betul. Aku suka guna 'tahu' daripada 'tau'. Sebab aku rasa 'tahu' tu lagi cool. haha.

Ok back to the topic. Antara kebiasaan yang paling ketara dan aku tak boleh nak ubah dari dulu sampai sekarang ialah

1) Aku suka bau makanan sebelum makan.

Ha ni yang paling ketara. Orang sekeliling pun perasan perangai aku ni especially bila time makan kat kedai. Biasanya laukla yang aku dok hidu. Tapi takde la sampai aku jengah kepala dalam tray lauk tu. Hish tu melampau. Kalau nak bau, aku ambil sudu atau senduk lauk tu, dan bau sikit je kt bahagian belakang dia dalam 2 saat gitu. Ha sopanla sikit kan. Lagipun dengan cara ni, aku dapat pastikan yang lauk tu lauk ape. Yelah kan, kadang2 lauk kari nampak macam rendang, rendang pulak macam kari. Dan bukan setakat lauk je yang aku hidu. Ape2 makanan sebelum aku suap dalam mulut, aku akan hidu dulu. Ambik feel la konon. Haha.. ok tak kelakar

2) Aku suka makan batang sayuran daripada daunnya

Ye betul tu. Dari dulu lagi kalau makan sayur, aku lagi suka makan batangnye daripada daunnye tak kiralah ape kaler pun sayur tu atau macamane pahit pun dia. Aku suka, sebab rangup dan aku rase cool makan batang sayuran tu. Contohnye macam kangkung, sawi, kailan, kobis panjang dan macam2 lagi lah sayuraan yang berbatang. Aku pun tak tahu lah kenape, tapi memang dari dulu lagi aku macamtu. Maybe sebab faktor family jugak kot. Adik aku lagi suka makan daun sayuran so aku rasa membazir sangat batangnye tak dimakan terbiar aje dalam pinggan. Maka aku pun kaut dan ngap! Aku pun bukan jenis memilih sangat pasal makanan. Kayu dengan batu aje yang aku tak telan. Rugi woh memilih makanan ni! Salah satu nikmat dunia tu. Boleh tak aku nak cadangkan kat akak2 jual sayur supaye lepasni kalau jual kangkung, asingkan daun dengan batangnye? agak2 kakak tu luruskan kaki tak kat muka aku?

3) Aku tak makan/minum benda panas

Ni lagi satu perangai aku yang aku rase agak pelik la jugak. Kadang2 bosan jugak asyik minum air berais, so kalau pegi kedai, aku tak akan order yang panas2 macam milo panas atau ape pun variasi minuman panas. Sebaliknye aku akan order yang suam2 macam kopi 0 suam, teh o suam dan lain2. Selalu kalau abang brader kedai tak paham bahasa orang mintak suam die bagi panas, memang aku bebulu beb. Sebab aku terpakse pulak nak kena tunggu air tu betul2 sejuk atau suam baru boleh minum. Takpun mintak sikit ais kat member sejati satu meja aku nak kasi air tu suam cepat. Same jugak macam makanan. Aku tak akan makan makanan yang tengah berasap tu. Orang cakap, ''aish, panas2 lah best bro!''.. memang nehi la dengan aku. ''Abis tak kan nak oder nasik goreng suam jugak bro? Aparaa lu''.. Ah sukati aku lah!

Orang2 yang rapat dengan aku je tahu aku tak makan/minum benda tengah panas berasap. Dulu time breakfast nak pegi sekolah, mak aku mesti akan sendukkan dulu nasik aku dalam pinggan siap2 kasi sejuk sementara aku mandi dan bersiap pakai baju skolah. Air milo pun macam tu jugak. Die tahu anak die tak makan panas2. Kalau yang goreng2 macam jemput2 tepung pun gitu jugak. mak aku siap koyak2kan cekodok tu banyak2 kasi sejuk dan asingkan tuk aku dalam pinggan lain. "hihi gedik jugak kau doh!" Aku tak manje dengan mak, so time tu ajelah aku dapat merasa dimanja2kan mak. Alah korang ni, jeles letew. Agaknye sebabtu lah aku terikut2 sampai sekarang kot tak makan yang panas2.

Ha tu ajelah kot setakat ni. Kalau ade lagi, nanti aku post lagi. Eceh macamlah ade orang nak bace. Haha.



Aku yang baju ungu kiri sekali tengah makan sate tu. Ye, sate bukan sejenis sayur jadi aku tak akan makan batangnye. Gile kau?





Kebiasaan Yang Tak Dapat Diubah

Assalamualaikum dan hai! Ape khabar semua? Walaupun dah terlambat, tapi aku tetap nak ucapkan selamat hari raya. Aku raya sederhana je tahun ni. Baju pun tak beli sebab fakulti ada bagi baju aritu, so aku mintak mak aku jahitkan aje kain tu buat baju kurung raya. Habis cerita.

Okeh, harini aku tergerak nak menaip. Korang ade tak kebiasaan yang korang tak boleh nak ubah? Kebiasaan? Kebiasaan yang macamane tu? Kebiasaan maksud aku




Monday 5 September 2011

Aku Dah Lain Ke?

Ye betul soalan tu.

Aku dah lain dah sekarang. Sebab aku dah pandai bercakap dengan diri sendiri lepastu gelak sendiri-sendiri.

Eh itu betul ke dah lain? Ke dah gile?

Jangan jawab.




Wednesday 20 April 2011

MEMANG PELIK

salam yo ! sehat? aku sehat je. semakin sihat. haha...
wahai korang2 semua...aku tengah pelik ni... nape pelik? pelik kt sape? cer tengok kasut2 kat bawah ni.... aku pelik lahh






1)kasut dari gabus (fungsi ????)



















2) kasut platform.. (ni la kasut lady gagak pakai yang buat die terjongkang tu, muduh)






























3) kasut kadboard



















4) kasut tumit terbalik




















5) kasut macam pisang ! LOL :0






















6) kasut tapak kaki... ewwwww

















































































7) kasut siap gadjet















































8) kasut dengan haiwan











































9) kasut mulut buaya
























10) kasut depan tak berlapik.. baik tayah pakai kasut terus ek














































11) kasut yang seksehhh.. awwwwwwwwwwwww
























12) kasut bentuk ikan.. mak aii, goreng pon sodapp haha























13) kasut dengan panorama.. kah kah kah ! bawak masuk meeting best ni
























AISA: gile an an an? tapi yang pelik tu la seronok nak tengok. jarang2 nampak so die jadi cam unik giteww.. haha unik la sangattt.....

Tuesday 12 April 2011

Assalamualaikuumm !!

MaasyaALLAH... lamenye tak update bende alah blog ni. aku betol2 tak de mood nak menaip. sebenawnye bak kate orang melaka, banyak bende yang berlegar2, berlanggar2 dalam kepala ni tunggu bile nak diluah tapi tulah. sejak dua menjak ni aku tiap hari kena migrain lah. aku pun tak tau apasal. sakit bai, sakit ! rase macam nak semput pun ade walaupun doktor tak penah preskribe aku ade athma. hilang sume mood aku nak keje nak idop bagai. eceh pekena mengena keje dengan idop ni ha cik siti? :p


tapi takpe. aku kuatkan jugak tangan ni menaip. go tangan! go ! alamak.. tengah aku sedap2 taip entry ni, (kat opis) tibe2 ada sorang kakak kerani a.k.a tokey mini shop kat dalam opis aku ni meracau2 ! hah? meracau? yes, meracau sebab ade orang beli jajan die jual tapi tak bayar ! hahah. kompem bukan aku lah kan. benda yang jadi darah daging ni jangan dihutang-hutang weh. kot kot nanti terlupa nak bayar, kan ke susah tu. sok darah tula yang mengalir dalam badan sampai mati, darah tula jugak yang diwariskan ke anak cucu. sok kalau dapat anak tak dengar cakap, ketegaq nak mampuih haa tu sume lah tu. haih apesal aku terceramah pulak ni? cam baik sangat je. hihiiih..eh tapi aku kalo beli aku bayar k. siriyus ni. kakak tu pun satu hal, kalau nak suruh orang bayar, cakap jelah. tak payah potpetpotpet kata macam2. aku yang makan dan bayar ni pulak terasa macam tak bayar bile die mengomel gitu. haih...



kat opis aku ni memang ade pantry kecik. tempat tuk refresh lepas penat keje la katekan. ceh penat la sangat. kecik je bilik pantry tu. muat dua orang je. kalo masuk lagi sorang alamatnye memang belaga montot la gadoh2 nak guna sinki pasal comel sangat bilik tu. hihii. pantry tu dilengkapi dengan cam yang aku cakap tadi sinki, kabinet pinggan mangkuk kegunaan mesyuarat fakulti dan sebuah sebijik seketul petiais besar bejenama peningsonic. kih kih kih.. so atas petiais peningsonic tu ade ruang sikit antara kabinet, dorang wujudkan ruang bisnes. dan kakak yang aku kate tadi tu jual jajan. die takdelah open table kat dalam pantry tu tunggu orang datang beli dan bayar. tak, nehi. die just letak jajan2 die tu dan letak satu tabung ayam, eh bukan ayam, tabung biase je ade gamba panda. so sistem die, sape2 yang amek jajan tu, kena la bayar dengan cara masukkan duit dalam tabung tu ikot harga jajan tu. kalau air kotak, 80 sen. kalau milo 3 in 1 plak singgit satu. kalau jajan2 cikedis biasenye 30 sen satu. banyak jenis lagi. tapi paling aku suke bile die jual jajan yang macam mamie monster tu. ala yang macam megi kering tu. sedap tu bhai ! dah amek ape lagi kan, bayar jangan tak bayar. tapi sistem camni lah yang mendatangkan masalah bile ade umat manusia yang hanya pandai amek jajan tu tapi tak pandai bayar. haih ape nak jadi.



takpelah. maafkan jela kakak tu ye cik siti. adatla orang meniaga. Jjangan sakit-sakit kepala. layan je video 'GIMIK WAK NASIR' ni, kompem hilang sakit kepala.





LOL ! mane la dorang ni dapat idea nak translate2 bagai ni sume kan? berair mate aku tegelak weh. kah kah kah.. opp tak sopan. hihihihii... haa baru sopan gelak dan dicintai mentua. LOL lagi




AISA: LOLL!





Wednesday 30 March 2011

Dunia oh Dunia

salam semua. fuh hari yang sangat panas. malam tadi sikit pun aku tak sentuh selimut aku yang gebu gebi macam pipi zizie ezette tu. mesia so hot ! yela maybe sebab aku duk kat Greenland lame sangat kot dulu, tu yang tak biase tu. omigodd how hot ! ok aku tipu je. aku naik kapatebang pon tak pernah lagik. hehe. aku dengar lagu baru harini. aku rase cam best je. so nak share dengan korang. aku rase macam suweet je lagu ni taw. paling aku suke bile tang 'i am straw and u are my berry'. korang layan la yeh.




haa dah tengok dah? suke tak? tak suke? cam hampeh? nak kene sekeh? ahh dulik ape aku korang suke ke tak. hehe janji aku update page aku. hehe


AISA: harini baru aku tau yang aku ni adalah pengular bertauliah. hehe. haih.... boringnye tade keje nak dibuat. ok aku tipu lagi.





Tuesday 29 March 2011

Kerja Kerja !


MARI BEKERJAAA !!






salam. hai semua. waduh lame nye aku tak update. bukan ape, banyak keje. ok tipu je. hehe.. sejak aku dah tak pakai berukband ni, aku boleh online time keje je. maka mengular jela aku. sila jangan report bos saye. keh keh keh.




belakang tu bilik bos. ade bran? heh heh



okeh. harini aku dilanda migrain teruk sebenarnye. telan ektipas 2 bijik pun belom cukup nk redakan denyut kat kepale ni. kalau boleh tanggalkan kejap kepale ni letak tepi sampai die baik, ok jugak kot. tapi nasib baik tak boleh. kalau tak, kompom kosong UTM ni sume lari lintang pukang tengok aku takdak kepale jalan beli nasik lemak same teh ais kat kafe ek. keh keh keh.





takottt !



ibarat macam tak dapat kepsi, dapat bau die pun jadikla. ape aku merepek.. ah lantakla. jadi aku pun dengan releknye kat opis ni tengok bukak youtube dan carik video klip ape yang best dan buleh release sakit kepale aku ni. yela ketawa tu kan salah satu cara tuk kasi kurangkan ketegangan saraf kat kepale tu yang boleh wat jadi sakit kepale. hehe mane tak tegang, dok melayan cite korea tak hingat nak tido malam tadi.. keh keh keh.. apepun, cari punye cari punye carik, aku tjumpe video budak kecik ketawe kekek kekek koyak kertas. kemain suke die. haha suke dengar die gelak sampai tegolek2 tak dapat nak bangun. kalo aku jumpe budak tu aku sekeh2 die sebab klaka sangat ketawe kekek kekek gitu. aku try tiru tapi terpaksa lupekan je hasrat tu sebab yang kuar cume suare merdu siti nurhaliza bukan suare baby. ok tipu.






keh keh keh.. klaka nak mamp aku dengar die gelak. dalang sebalik tabir sume ni bapak die pulak tu. tapi aku tak sure la ape motif bapak die ajar anak die koyak2 ketas gitu. agaknye salah satu cara nak protes kat bini die agaknye. 'ha belila lagi majalah mangge tu. kite bako je nak, kite bakor'.. keh keh keh ok dialog takde kene mengena video.



AISA: kan best kalo aku leh koyak2 surat yang mlambak2 atas meja ni lepastu gelak golek2 gitu. kan?





Thursday 24 March 2011

Ana Banyak Fining Lah !


pic: eceh.. cam gewdikk jek pic ni? kih hi hiiiiiee......................

salam semua. ape kabo harini. aku? hmm.. aku harini pagi2 lagi sudah agak teruji jiwa raga. semuanya gara2 mate penggaris @ eye liner aku mencocok mate aku. waduh ! tengah syok2 aku melarik kat alis mate kiri ala2 tengah buat graf ogif macam time blaja matematik moden form 5 dulu, tak semena-mena tangan aku ter'pengka' dan zzasssss, tecocok mate weh ! maka ter 'MIIIAAWWWWW!' lah jugak aku depan cermin. keh keh keh...


okeh, baik, ye, etc... ape yang aku pening2 kan harini tu ye? haa tula tu nak cite ni. kalo kawan2 aku ade depan mate ni mesti dorang akan cakap kat aku 'cer cite, cer cite'.. haih, sumenye dah terpengaruh dengan movie Hantu Kak Limah Balik Umah ! wadafish.. haha. ok aku sebenarnye pening tentang macamane nak kasi upgrade blog aku nih. well, pada aku blog bukan lah diari. bukan tempat aku wat pantun seloka, puisi2 sadis mahupun wat karangan sastera Merong Mahawangsa ! nehi. hehehe... BLOG for me adalah tempat untuk aku kongsi ape yang aku rase best nak dikongsi.


semalam puas aku blogwalking kat page2 blogger dan rata2 nye dorang semue memiliki blog yang superb ! gerun dan terpesona jugak aku tengok page dorang ni. sebab ape aku kate gerun? sebab usaha dorang dalam menaikkan seri blog dorang memang mabeles weh, mabeless ! siap ade font yang cantik2, bukan tu je, siap leh tebalik2 plak font dorang tuh ! waduh2.. selain tu jugak dorang jugak pandai letak gamba2 yang menarik, pelik pun ade, gaya penceritaan yang mantop, layout yang tak jemu mate mandang dan macam2 lagi lah ! dua hari dua malam pun tak habis nak cerita kat sini tentang ke'mantopan' blog dorang tu. haihh.....


selain tu, aku jugak agak jeles dengan ke'terer'an dorang mengaplikasikan photoshop, jquery, coding dan ape kebende alah lain2 tu ! sumpa aku jeles weh. lagi wat aku jeles, ade plak blogger yang muke dah macam model antarabangse weh. peh ! kalo tak caye cube klik kat link2 aku bagi kat bawah ni nanti. contoh blogger2 yang aplikasi sume benda canggih2 tu macam : 'zackzukhairi', 'melromeo', 'farah liyana' and ramai lagi lah ! haih...aku try banyak kali dah kopipes font-font yang cantik dan bizzare kt html cam dorang tu, wat tapi tak menjadik. akhirnye aku pasrah... belajar takdak guru memang hasilnye tak berape nak memberangsangkan. tapi takpe, kalau tak dapat buat same macam ape yang dorang buat tu, at least dapat sipi sipi pun ok jugak kn. keh keh keh.. oh kamon farhana, usaha tangga kejayaan ! oyeah.


so korang2 semua, buat masa dan ketika ni, inilah dulu fesyen blog aku, okeh? mungkin akan boring siket (jangan boring ok, tolong) tapi aku akan try upgradekan lagi page aku. hope korang akan terus lawat blog aku ni.



ASAI: aku serius ni weh pasal photoshop2 bagai ni. cume takde tok guru je. haih......

Wednesday 23 March 2011

Siapekah Artis Menyeksi itu?




kih kih kih.. saje je aku wat title gitu. Kasi korang bedebar-debar dan teros klik tanpa melihat kiri kanan dengan harapan akan kuarla muke fasha sendat ke tak pun si rositan che wan dengan fesyen2 haramjadah sume tu.. heheheh. ampun. okeh harini bermulelah hidup aku dengan membawak satu lagi tambahan umor.. ye ! semalam adalah harijadi aku yang ke 14 ( + 10 ) ! yahoo dan alhamdulillah panjang umor aku lagi. tapi tulah, kalau korang perasan bile makin meningkat umor ni, makin tak meriah je bile sambot harijadi kan. kalo kate niat nak dapat hadiah dari kawan-kawan macam time2 sekolah dulu memang sila jaohkan la dari lubuk hati. silap-silap dapat kutuk dari diorang adela. 'ko dah tua' la, 'muke ko dah makin bekedut' la.. tp yang paling sentap diorang bagi, 'bile nk kawen? lambat2 tak laku weh', grrr.. kalo labur barang seratus dua belanje kek secret recepi tambah lg dengan paket urutan kt spa de jugak bagusnye. barulah namenye kawan sampai mati. hahak ! sape2 yang ade pesbuk pulak mulela berhidung tinggi sebab notification die penoh beb haritu ! haha. haritu jela. hari lain jangan harapla. harapkan si Amat Jendol Jambu (encik pakwe) bagi komen ntahapehape je yang korang sendiri je paham dan sengih sorang2. kui kui kui..

kalo aku pulak, semalam adalah hari yang kalau boleh tak de pun tak pe. hah? waduyumin? heheh.. malam 21hb 3 aku tido, kalo boleh aku nk pagi nye bile celik2 je, aik? dah 23hb 3 ! haha.. sebab ape? aku pun tak pastila ape sebab musababababnye. mungkin sebab tahun- tahun kebelakangan ni banyak sangat dugaan menimpa hidup aku sampai ade waktu aku rase macam dah tak de sinar hidop dh. tapi nasib baik ade lagi iman kt dada ni. so bila ditimpa dugaan gitu dan tak de sape aku nk sandarkan kejap bahu yang lenguh tampung kesedihan ni, at least aku masih ade ALLAH. kan? harap korang pun macamtu lah ye. cewah aku bemotivasi plak. keh keh keh.. tapi alang-alang dah kate befday nikan, aku pun same macam orang lain jugaklah.. ade 'wishlist'. ngeh ngeh ngeh.. nak tau ape bende yang aku wish? haaaa jom2
1) korang bagi aku sorang rm100. ala-ala duit raye la
2) korang hadiahkan aku jam tangan polo dano satu. Polo ok bukan Apolo 3) teddy bear besor gebu warne cream yang kalo tekan perot die ade bunyik ' i love yuh !'.. kikiki gadis nye aku.

4) bunge ros merah dari pakwe [fufufu (^.*) ]. lepastu hadiahkan aku cincin berlian habib juwel sambil kate "will u merry me n be mine for the rest of my life sayang?"... pUUUlaamakk time tu jugak aku suh die masok minang. ki ki ki.. "opkos daling" aku jawab. empat je sudahla kan. tu pun macam hampir tak tercapai akalmu je.. haha. tapi tu sume angan2 je. kalo dapat alhamdulillah rezeki. kalo tak dapat sebijik macam tu, dapat kad wish selamat hari lahir ataupun sms pn kire ok dh. betol dak. wish kt fb pn ok la dari tak de langsung. (bunyi kecewa). pade kawan2 yang tak lupe befday aku dan wish semalam, terima kasih banyak2 dari aku. korang sikit sebanyak dah bawak senyum dalam hari aku semalam. bukan senang wo senyum dalam sengsara ni. keh keh keh.




AISA: tadi ex-office mate aku mesej. kate die 'woi, semalam kate nak call, sampai pagi aku tunggu hape pun tak dak. cet ! kate freecall'. kih kih kih.. ampuunn (-/\-). i beday gurl taaww. sampai ati marah i. hahaha

Monday 21 March 2011

Assalaamualaikum !

okeh !

penat dah aku dok tengok orang lain ade blog, aku pun bejiwe blog jugak sebenarnye. kih kih kih.. nak tau camane nk tau kite ni bejiwe blog ke tak? 'sonang yo'..kato orang pilah.. pertama, aku ni xdek tb kt rumah pun xpe asalkan ade internet.




Kedua, aku ni bejiwe seni. kih kih perasaan. Ketige, aku suke berkongsi ape yang aku tau dengan orang lain tapi xdek medium,, jadik aku rase aku wajib ade blog..


AISA: Kih kih kih alasan je sume tu. Sebenarnye aku memang saje je nk ade blog.