Pages

Monday 3 October 2011

OKTOBER OH OKTOBER

Assalamualaikum

Harini 3 haribulan 10. Pagi tadi masa panaskan enjin kereta, tiba2 teringat lagu Awie, Tragedi Oktober. Tragedi April tak ada pulak si abang Awie nak nyanyi. Tak sedap kot nama April tu.

Masuk ofis, bukak email bos. Oh my gaddddd.... Ada meeting penting. Terus bagi sms kat bos cakap kat dia yang pagi ni pukul 11 ada meeting sekian2 kat pejabat sekian2.

''Ok cik siti saya on the way ke meeting tu dah ni''. Happy sekejap sebab dapat berkhidmat tuk bos. Pergi kantin beli makan tuk brunch, makan2 dengan kawan2 ofis. Borak2 sambil makan. Dan burrpp kekenyangan.. ''Fuh terasa best je harini sebab pagi2 lagi dah jadi setiausaha yang berkaliber''..

Best? BERKALIBER?

Tiba2 aku dapat call dari bos.. ''Em siti, kenapa bilik meeting yang awak cakap ni gelap aje? Dah pukul 11.02 dah ni. Saya tak nampak sorang pun participant mai? Nehi.. Awak biar benar?'' BIAR BENAR? ye, BIAR BENAR cik Siti..

Aku pun kelam kabut kalut kelibut. "What happened nih?" Aku tanya diri sendiri.. Tak ada jawapan. Check semula email. Dan 3 saat selepas baca email tu aku tepuk dahi sendiri.. ohmygaaaaaaad... Meeting tu 10 Oktober bukan 3 Oktober.

Sekarang baru aku paham kenapa abang Awie nyanyi lagu Tragedi Oktober, bukan Tragedi April atau Mac atau Julai apatah lagi Januari.




No comments:

Post a Comment