Pages

Friday 18 May 2012

TIDUR YANG PANJANG



Ibaratkan aje aku macam seekor tikus yang sedang berhibernate dengan bestnye di waktu salji di dalam istana binaanya dibawah timbunan kayu.  Aku sendiri doa aku akan bangun dari tidur bila tiba musim bunga nanti. 




Bangun nanti aku nak bagi ikan ikan aku makan.

                                                                    Ke nak goreng? :D


Tuesday 31 January 2012

DULL BIRD IS DULL 2

Eh eh! I am excited to do more! haha.. Here

BEFORE



AFTER



GOD. I LOVE this JPG converter. It's beautiful and I like it.  Gotta use it more to convert more pictures! @_@

DULL BIRD IS DULL

BEFORE





AFTER 


DULL BIRD made me JPEG the pictures and it looks GOOD!!
I like how the color sharpened and the scenery gives out a calming after-rain-in the-morning-feeling! Haha exaggerating things is my favorite.



in b4 *burung tu nampak tua sikit lah. hihi  =p

DULL

It's been a dull day today. And so yesterday. And the day before. And the day before THE day before. I hope it will go away someday, this dullness. Because suffocating and struggling inside this dullness will only resulted me to ----

die. death.


Thursday 12 January 2012

AKU SILAP BESAR

Aku dah tersilap.
Tersilap besar.

-
Aku sedang baca sebuah buku atau lebih popular dipanggil novel (novel mungkin tak berapa tepat) sekarang. Buku tersebut bertajuk AMERIKA. Nukilan Ridhwan Saidi. Aku beli buku tersebut dari BUKU FIXI Aku beli secara atas talian (on-line lah) dan aku menyesal. Menyesal? Kenapa menyesal? Begini. Buku tersebut dijual dengan harga RM25.00 sebuah. Untuk belian atas talian, caj sebanyak RM10.00 dikenakan bagi tujuan penghantaran (poslaju) dan RM2.00 lagi dikenakan kerana aku menggunakan khidmat bayaran maybank2u. Jadi nilai buku tersebut semuanya dihitung menjadi RM37.00. 

RM37.00?
Ya

RM37.00!!??
Iya, iya


Oh jadi kau menyesal sebab harga buku tersebut mahal? 
Tidak

Atau kau menyesal sebab harga penghantaran yang terlalu mahal?
Juga tidak.

Habis, kau menyesal sebab caj yang pihak bank kenakan ke atas pindahan wang ke akaun bank penjual yang mahal?
Oh, tidak juga.

Habis, menyesal apanya????

Aku menyesal bukan sebab harga pembelian yang mahal berbanding harga buku sebenar, tapi aku menyesal sebab, 

ok aku gantikan 'sebab' kepada 'kerana' ya

-
-

Baiklah. Begini. 

Aku menyesal beli buku tersebut kerana buku tersebut berjaya buat aku lemas. Ya, lemas. Itu kelemahan aku bila aku baca karya yang sepadan dengan jiwa aku. Aku jadi lemas, tenggelam dalam dunia sendiri. Aku tak pandai nak buat ulasan buku tetapi kisah hidup Murshid Merican berjaya menawan hati aku. Dia bekerja sebagai arsitek di siang hari. Murshid sering makan sup brokoli dan susu soya panas. Dia hedonis. Kesenangan dan keinginan dipilih sebagai jalan hidup utama. Dia tinggal seorang diri di loteng tidak bertingkap. Dia minum wain. Dia makan sandwich Cuba yang berinti daging babi salai. Dia bersenggama dengan Dahlia kekasih 16 tahunnya. Dia juga melakukan yang sama dengan Aneeta teman satu pejabatnya. Begitu juga dia dengan Jenice si janda beranak satu itu. Murshid juga selamba makan di restoran Cuba di bulan Ramadhan sewaktu dia pergi  ke  Miami kerana menang satu pertandingan filem. Murshid itu Mumu. Sinis. Comel. Hedonis.

Sebagai seorang Muslim yang tidak melakukan apa yang Mumu lakukan dalam hidupnya aku tertanya tanya, apa perasaan menjadi seorang hedonis? Apa rasanya makan babi salai? Mumu kata babi salai tu masin masin sikit rasanya. Wain pula harum, pekat. Mumu bangun pagi pun masih terasa wain di tekak. Dahlia berambut kehijauan. Ponteng sekolah. Datang ke loteng dan bercumbu dengan Mumu. Baru berumur 16 tahun tetapi sering beri pendapat dengan ayat tinggi, setinggi ayat seorang yang ambil literasi dari darjah satu sampai tingkatan empat. Tapi bernas. Aku suka. 

Aku takut. Ini pertama kali aku beli buku on-line. Dan belian pertama tersebut terus hit. Terus hanyutkan aku. Aku takut belian seterusnya tidak dapat menandingi buku yang satu ini. Amerika juga dah nak sampai ke penghujung bacaan. Aku kuatkan hati untuk baca beberapa helaian saja dalam sehari. Jadi penamat sampai sama tarikh dengan tarikh aku dapat gaji. Bolehlah aku sambung hanyut dalam buku yang lain pula. Harap harap selepas ini KASINO dan CEKIK akan sambut ke-hanyut-an aku ni. 

Inilah satu satunya hobi aku yang bersifat destruktif. Ya, membaca itu destruktif pada aku. Bila keinginan membaca aku datang, ia datang membuak buak. Terasa semacam satu gelombang ombak datang dan penuhkan tangki hobi membaca yang selalunya kosong. Ia buat aku hanyut dalam dunia sendiri dan gagal mengalih mata dari mukasurat yang dibaca. Aku akan baca baca dan terus baca sampai tamat. Tenggelam.

 Tapi jangan risau, aku bukan hedonis semacam Mumu. Aku cuma hanyut, tidak mati lemas.






Wednesday 11 January 2012

HARI RABU

Harini hari rabu. Pagi tadi aku bangun dengan senang. Mata tak meragam, macam semalam. Mungkin berkat aku cukup makan petang selasa tu. Biasa tak cukup makan ke? Ha ah. tak cukup, sebab aku dalam proses diet. Ntah kat mana yang silap, aku kurang nutrisi lalu lemah segala sendi. Datang ofis pukul 10 mata aku dah kembang. Kembang? Ha ah, kembang. Bayangkan aje. Ok cukup kisah pasal diet.

Pagi ni best. Kereta banyak tapi senang aje aku dapat cilok masuk line. Lagu 'Love you like a love song' yang Selena Gomez nyanyi pun lancar aje aku nyanyi. Padahal tak de pun lirik aku bentang depan stereng kereta. Pelik. Tak de pun aku pernah hafal lirik die. Aku hafal dalam kepala aje. kalau salah hafal, salah lah. Kalau betul hafal, betul lah. Selama ni kalau nyanyi mesti tersangkut sangkut. Tapi harini tak. Pelik.

Pagi ni best. Ada polis jaga kat traffictlight simpang empat Pulai Perdana. Aku yang jauh lebih kurang 500 meter senang aje tembus trafficlight tu sebab polis tu bagi jalan. Biasa pagi pagi kalau tak de polis memang 3 kali jugaklah nak tunggu traffictlight tu hijau. Jenuh. Muak. Tapi pagi ni tak.

Pagi ni best. Sampai aje parking lot, parking banyak kosong. Biase pun banyak jugak sebab aku jenis suka datang awal. Benci berebut. Harini pun masih datang awal, jadi parking pun like a boss. Tak de ape yang lebih menenangkan hati bila kereta kesayangan aku tu berada di lingkungan selamat. Di petaknya sendiri. Tak perlu halang kereta lain. Tak perlu park tepi jalan. Tak perlu lipat side mirror takut dilanyak mat motor utm yang kebanyakannye main redah aje jalan sibuk utm ni. Tak perlu tu semua. Tinggal lagi tadi aku terlupa nak tegakkan wiper. Tak pe lah kot. Harini nampak mendung. Tak panas. Getah wiper tak cair kot. Cair? Ha ah. Tu aje definisi yang mampu diberi oleh seorang yang tak tau pasal kereta. Cair.

Tapi logiklah kan? Wiper tu dibuat daripada getah. Getah bila terdedah pada suhu tinggi, panas, api, mestilah cairkan? Entah, ape ape ajelah.

Yang penting, pagi ni best.

Tapi aku baru aje lepas telan panadol. I think I catch a cold. I can feel the heat inside my throat.

Tak pe.
Pagi ni tetap best bagi aku. Syukur.