Pages

Wednesday 19 October 2011

SURAT BIRU

Sepucuk Surat Biru Bernukil Dakwat Doa



Ya 'Alim,
di manakah silapnya aku
menjadi punca kepada kehancuran
berkecai sudah rindu dan sayang
tatkala impian menebar awan


Ya Ghaffar,
tunjukkan aku jalan
hati yang kosong minta dipenuhkan
jiwa yang tandus pohon dihujankan
tangan yang kecil minta dibimbingkan
aku ini insan lemah mainan syaitan


Ya Khabir,
kisah hidupku rahsia ilmuMu
zikir dan tasbih membasah sujudku
temukan aku cahaya yang satu
jodohkan aku cinta dariMu
redhakan aku dengan urusanMu
lemahnya aku hinanya aku
membuat dosa saban waktu
ampunkanku
Ya 'Afu







19/10/11
sfs






Tuesday 18 October 2011

CAMWHORING



Hai semua!
Harini terasa macam nak bercamwhore
layan kan aje ek. (*o~)V
hikhik!





1) maroon pink strip pashmina + maroon Indonesian jubah





2) Ohh kurusnya daku ;)
sebarang komen tentang pipi yang tembam takkan dilayan. 8)






3) Ada ropol2 kat bahagian bawah yang membuatkan jubah ni super cute!
Tapi kawan2 kate ropol2 tu buatkan macam aku ni bantal peluk bergerak. hoho
Macam cadar katil pun ade jugak sekali tengok. haha! tapi comel okeh. Sebab tu time nampak jubah ni tak pikir lebih2 dah terus beli sebab die sangat comel! :) lagipun murah aje. Cuma RM65 tau. Mane nak dapat harga jubah gitu kat jb ni? Biasa kat luar RM90+ sebab import mali indonesia maaa.. Haaa.. lagipun saje mengumpul baju, dah keje ni kan.. bile lagi ye dak?




Sesekali act like a diva pegi ofis ape salahnye. haha diva lah sangat.


sekali lagi~
bubuy sumuwu! suyung kurung!! :)





Monday 17 October 2011

PERASAAN


Aduh!
Hatiku ditusuk sembilu!!
porke? porkee me amor???
huh...


Ni semua gara2 menerjah blog2 yang best lagi comel. Harini aku jumpa blog Bows and a Rose dan My Amethyst. Silalah tengok dan korang mesti bagi pendapat yang sama macam aku cakap tadi; best dan comel. Aku blogwalking tapi tak tinggalkan jejak. Hehe..

Tiap kali ke blog dorang, hati tak henti2 cakap ni --->Blog sangat comel :) dan simple.


Adoi! adoi!! aku tercocok sembilu lagi gara2 kata hati sendiri... sobsob


Apelah sangat nak dibanding dengan blog aku yang kosong lagi beterabur ni! :'(

Takpe2, lame2 nanti mesti ok. Lagipun sekarang ni aku boleh online time kerja je sebab tak ada berukband. So tak banyak yang boleh diconstruct.

Ape2 pun, isi yang baik mengatasi rupa paras, betul idak? hohohohoho ayat untuk sedapkan hati sendiri aje tu.

Ok tu aje.. sila muncungkan mulut dan sebut ni --------> BUBUY SUMUWU! SUYUNG KURUNG! (babai semua, sayang korang)

ahak! :)
ngade







Friday 14 October 2011

Ahh It's Friday Again

GUYS

Do you know how much girls like to see you wearing this.
(gambar ehsan abg google)





it makes you look sooooo innocent. (even if you're not) :p
(ni pun rembat dari google)



Trust me..


Even when Dato' Chong Wei pakai pun nampak hensem and sweet


So, pakailah baju melayu yang dok tergantung dalam lemari tu tiap hari jumaat. Takyah tunggu raye. Kite suke tengok tau. Pakai oke





obsession?
Naahhh.. It's a dream
..peace yaw..






Thursday 13 October 2011

Yo!

Assalaamualaikum

Harini tak ada mood nak berposting2 dengan diari maya ni sebab aku tak berapa nak sihat. Mata sakit, kepala bengal2. U know bengal? No..... not benggali but B.E.N.G.A.L. Ntah aku pun tak tau ape exact meaning bengal tu. But..

All of all, ini semua berpunca dari satu sebab








S.T.R.E.S.S




Wednesday 12 October 2011

IT'S WEDNESDAY



Assalaamualaikum tawantawan! :)


Aargh.. It's a hard week for me so far. Well, I miss my boyfie like soooooo DAMN much. Malam tadi baru aje mimpi dia. It was a blur dream. He was standing afar while watching me with his warm stare. And I stare at him back hoping that he'll come to me or at least give me a warm smile. But no. It was just a stare. Adoi. How come like that la B? Why just stare? I miss you so much tahu? Cubalah datang borak2 takpun bagi hug ke ape kan. At least terubat rindu ni. Hihihi gatey. 8)


And i called my mom last night right after i finish my Isha' solah. And guess what? I almost cry for no reason! Blergggh.. I dont know why. Mybe sebab waktu tu aku tengah elok selimpuh kat sejadah, so mood sangatlah rapuh seperti tisu Primeer. hoho.. Kalau boleh nak share macam2 dengan mak pasal kesedihan hati ni. But what to do, i am not that kind of manja2 dengan mak. Apatah lagi nak berkisah2 pasal kesusahan aku kat sini ataupun menangis sebab rindu kat pakwe. Nehi mere beteh.


Never mind. I'll keep going and stay strong. Yeah kemon bebeh! Good girl. Balik nanti aku belanja diri sendiri pizza. 8)


Amek kau!


aduhh.. Aku dahla tengah lapaw ni






Thursday 6 October 2011

SAKIT

Assalaamualaikum

Malam2 buta tadi, aku terjaga. Jam kat henpon tertera pukul 2.57 pagi. Sakit tu datang lagi. Puas aku tahan tapi tak boleh go jugak. Pusing kiri salah pusing kanan pun salah. Aku kuatkan semangat lagi dan cuba lawan sakit tu. Pejam mata dengan harapan sakit tu berlalu dan aku terlena. Tapi..... Arggghhhh... Tak berjaya.

Aku gagahkan diri dan bangun. Dalam gelap pekat bilik yang sejuk dengan kipas berkelajuan nombor 3, aku meraba2 mencari jalan menuju ke handbag aku yang aku letak kat hujung kaki. Bilik yang sejuk, badan menggigil, tapi aku berpeluh! DAMN. Kenapa sekarang? Aku rasa macam nyawa aku dah kat tekak aje masa tu. Sakit yang aku rasa berlawan dengan rasa berpinar dalam kepala.

Be strong cik siti. Ini semua dugaan.

Dinding bilik yang sejuk aku gunakan sebagai pemandu arah aku. Jalan menuju handbag yang cuma lebih kurang 2 meter terasa seperti 2 kilometer. Sakit mak... Tolong ana mak. Peluh sejuk mengalir di dahi. Aku manahan sakit sorang2. Aku tak sampai hati nak kejutkan kawan sebilik dari tidur. Dia lena. Kepenatan agaknya.

Sampai jugak aku ke handbag. Aku capai dan bukak zip handbag. Tangan menggagau mencari ubat. "Mana ubat ni? Semalam ada dalam ni".. Aku cari lagi. Partition depan, tak ada. Partition belakang, pun tak ada. Aku cuba pulak bukak zip kat bahagian tengah beg. Jumpa.

Alhamdulillah.. ada.

Aku ambil air mineral yang memang tiap hari aku letakkan di sebelah handbag, dan teguk bersama sebiji ubat. Urat yang tadi tegang terasa kendur sekejap. Kemudian aku berpatah semula ke tilam. Rebahkan badan dan hanya menunggu masa ubat menjalankan tugasnya. Sakit yang dirasakan tadi masih ada. Menitik air mata menahan rasa yang menyucuk. Allahuakbar.. Itu aja yang keluar dari mulut. Bantal busuk empat segi besar yang memang busuk tu aku peluk erat. Walaupun busuk, tapi aku sayang.

Aku sendiri tak sedar bila aku terlelap. Aku sendiri tak sedar berapa lama aku menahan kesakitan. Sedar2, alarm henpon aku berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 6.35 pagi. Aku bangun dan meraba perut. Alhamdulillah.. Sakit dah hilang. Aku bersyukur pada Allah sebab aku berjaya melalui sakit tu. Memang perit, tapi syukurlah dia dah hilang. Itu yang penting.

Itulah namanya sakit senggugut. Pada yang tak tahu, dan tak pernah rasa terutamanya lelaki, bersyukurlah sebab anda semua tak melalui kesakitan tu saban bulan. Bila makwe, kakak atau kawan2 merungut sakit perut sebab senggugut, janganlah melenting. Sebaliknya tenangkanlah dorang. Korang tak faham macamana sakitnya menahan sakit yang satu itu. Datang bulan adalah bilamana tahap ketahanan fizikal wanita menjadi lemah, begitu jugak dengan mentalnya. Dan seterusnya mempengaruhi emosi mereka.

Usahlah dimarah, atau disakitkan hati mereka. Sebaliknya...

Bersyukurlah.

Kerana korang tak perlu melalui fasa yang sama setiap bulan.









Lagi satu, bawak dorang jumpa pakar. Sebab senggugut yang teruk bukan satu petanda normal dan makwe/wife/kakak korang tu mungkin ada masalah kesihatan dan boleh membahayakan nyawa dorang satu hari nanti. So, Love your WOMAN.


(This post is for education meant) *be health yo!




Wednesday 5 October 2011

KEBIASAAN 2

Sebenarnye, kebiasaan aku ada 7 kesemuanya. Hohohoho!


Assalamualaikum..

Okeh ini sambungan kepada entri aku yang bertajuk Kebiasaan tu. Hah moh kito baco

4) Aku mesti teguk air kosong sebelum tidur

Seteguk pun jadilah. Janji aku rase air tu sejukkan mulut aku, baru boleh tidur lena beb. Kawan2 pernah jugak tanya kenapa mesti minum air? kenapa tak gentel bantal ke, main piano ke (?), pergi dangdut ke kan? kan? kan?. Banyaklah kau punye piano dangdut bagai. So aku pun jawablah air ni kan bagus. Melancarkan perjalanan darah dalam badan dan sebagai pelincir. Boleh bagi kulit anjal sambil tidur gitu. Eceh...

Padahal dulu mak aku penah cerita pasal sorang budak kecik jadi hantu sebab sebelum tidur haus tapi tak dapat minum air. So dalam tidur, roh dia berkeliaran cari air. Tiba2 roh budak tu jumpa balang air dan dia masuk dalam balang tu nak minum air. Ntah macamane ada orang betul2 tutup balang air tu. Roh budak tu tak sempat keluar. Bile dah tak boleh keluar, tak dapatlah roh tu masuk balik dalam badan die kan, so budak tu mati.
Ha ambik kau, sampai sekarang aku minum air sebelum tidur sebab takut jadi macam budak tu. Sekarang, silalah ketawakan aku.

5) Aku suka cakap 'terima kasih'

Eleh semua orang pun cakap terima kasih lah. Apedehal? Ehh lawan tokey.. Ini serius ok. Aku baru aje discover kebiasaan aku yang ke-5 ni sejak dua menjak 3 menjak aku kerja kat UTM. Macamni cerita die. Satu hari tu aku masuk bilik printer. Bos aku suruh print ape ntah dah lupa. Banyak la jugak. Hack..

So sambil nyanyi2 lagu walinunglayangsari putri bistari aku pun happy2 lah masukkan dokumen yang nak diprint kat printer, tit! tit! tit! tekan nombor pekerja dan buat copy banyak2. Okeh encik printer beri kerjasama yang amat kiut. Selepas setel, aku terus rembat kertas yang dah di copy dan ambik dokumen original dan cakap terima kasih. Terus ke meja. Kali ni nyanyi lagu Pussycat Dolls pulak.

Pushin' up my button bebeh, ahah!~

Owh sungguh nyaman terasa kerja semua setel. Eh? kejap kejap kejap!! waidemenet!

Tiba2 aku perasan sesuatu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku cakap terima kasih kat printer ke tadi?

D.A.M.N........











Tuesday 4 October 2011

INI AKU

Post yang ini ditujukan khas kepada sesiapa yang tak kenal aku.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Nilah aku.
Taik lalat besar atas bibir
gigi jarang
gigi arnab depan
kulit gelap
montel
tak brape nak cantik *sobs..
kuat merapu
keras kepala
bila penat cepat moody
suka berkawan
suka buat lawak tak kelakar *bluek
banyak kesan jerawat kat muka
double chin *grin
muka bulat
emm..apa lagi?


Tapi itulah aku. Terimalah aku seadanya aku. And i'll do the same to you. Sebab kita semua tak sempurna. Hargai apa yang kita miliki sekarang sebab bersyukur itu lebih menenangkan hati dan menyuburkan jiwa (macam saya :p)..

I'll show you my kelemahan di samping kelebihan di awal pertemuan supaya tak ada lagi pura2 sepanjang perkenalan. Agree? So, kalau agree angkat perot. :p



deal?
mooah!!

bubyye






HADOYAI..

Kaley vanakam.

Blog,
Facebook,
Yahoo! Mail,
UTM Email,
UTM Gmail,
UTM HRfin
Email Fakulti
Maybank2u
Cimb
Bank Islam
Maybank
Asb

the hack...

Haa tu semua akaun laman web/bank yang aku ada buat masa ni. Kat tempat kerja pun dah ada dekat 4 dah tu. Bila dah banyak2 akaun ni, pening pulak nak create password. Lagi pening nak ingatkan semua tu weh!

Nak tulis kat diari, tak secure pulak. Nak buat note dalam henpon pun tak secure jugak. Nak ingat aje dalam kepala, takut terlupa. haih..

Tulah, siapa suruh ngada2 bukak akaun twitter pulak??

Hehe.. silalah follow aku kat twitter ye.. thihii.. ;) ngade.. ni dia --------> @farhanasalime

Bubbye!!





Monday 3 October 2011

OKTOBER OH OKTOBER

Assalamualaikum

Harini 3 haribulan 10. Pagi tadi masa panaskan enjin kereta, tiba2 teringat lagu Awie, Tragedi Oktober. Tragedi April tak ada pulak si abang Awie nak nyanyi. Tak sedap kot nama April tu.

Masuk ofis, bukak email bos. Oh my gaddddd.... Ada meeting penting. Terus bagi sms kat bos cakap kat dia yang pagi ni pukul 11 ada meeting sekian2 kat pejabat sekian2.

''Ok cik siti saya on the way ke meeting tu dah ni''. Happy sekejap sebab dapat berkhidmat tuk bos. Pergi kantin beli makan tuk brunch, makan2 dengan kawan2 ofis. Borak2 sambil makan. Dan burrpp kekenyangan.. ''Fuh terasa best je harini sebab pagi2 lagi dah jadi setiausaha yang berkaliber''..

Best? BERKALIBER?

Tiba2 aku dapat call dari bos.. ''Em siti, kenapa bilik meeting yang awak cakap ni gelap aje? Dah pukul 11.02 dah ni. Saya tak nampak sorang pun participant mai? Nehi.. Awak biar benar?'' BIAR BENAR? ye, BIAR BENAR cik Siti..

Aku pun kelam kabut kalut kelibut. "What happened nih?" Aku tanya diri sendiri.. Tak ada jawapan. Check semula email. Dan 3 saat selepas baca email tu aku tepuk dahi sendiri.. ohmygaaaaaaad... Meeting tu 10 Oktober bukan 3 Oktober.

Sekarang baru aku paham kenapa abang Awie nyanyi lagu Tragedi Oktober, bukan Tragedi April atau Mac atau Julai apatah lagi Januari.