Pages

Thursday 6 October 2011

SAKIT

Assalaamualaikum

Malam2 buta tadi, aku terjaga. Jam kat henpon tertera pukul 2.57 pagi. Sakit tu datang lagi. Puas aku tahan tapi tak boleh go jugak. Pusing kiri salah pusing kanan pun salah. Aku kuatkan semangat lagi dan cuba lawan sakit tu. Pejam mata dengan harapan sakit tu berlalu dan aku terlena. Tapi..... Arggghhhh... Tak berjaya.

Aku gagahkan diri dan bangun. Dalam gelap pekat bilik yang sejuk dengan kipas berkelajuan nombor 3, aku meraba2 mencari jalan menuju ke handbag aku yang aku letak kat hujung kaki. Bilik yang sejuk, badan menggigil, tapi aku berpeluh! DAMN. Kenapa sekarang? Aku rasa macam nyawa aku dah kat tekak aje masa tu. Sakit yang aku rasa berlawan dengan rasa berpinar dalam kepala.

Be strong cik siti. Ini semua dugaan.

Dinding bilik yang sejuk aku gunakan sebagai pemandu arah aku. Jalan menuju handbag yang cuma lebih kurang 2 meter terasa seperti 2 kilometer. Sakit mak... Tolong ana mak. Peluh sejuk mengalir di dahi. Aku manahan sakit sorang2. Aku tak sampai hati nak kejutkan kawan sebilik dari tidur. Dia lena. Kepenatan agaknya.

Sampai jugak aku ke handbag. Aku capai dan bukak zip handbag. Tangan menggagau mencari ubat. "Mana ubat ni? Semalam ada dalam ni".. Aku cari lagi. Partition depan, tak ada. Partition belakang, pun tak ada. Aku cuba pulak bukak zip kat bahagian tengah beg. Jumpa.

Alhamdulillah.. ada.

Aku ambil air mineral yang memang tiap hari aku letakkan di sebelah handbag, dan teguk bersama sebiji ubat. Urat yang tadi tegang terasa kendur sekejap. Kemudian aku berpatah semula ke tilam. Rebahkan badan dan hanya menunggu masa ubat menjalankan tugasnya. Sakit yang dirasakan tadi masih ada. Menitik air mata menahan rasa yang menyucuk. Allahuakbar.. Itu aja yang keluar dari mulut. Bantal busuk empat segi besar yang memang busuk tu aku peluk erat. Walaupun busuk, tapi aku sayang.

Aku sendiri tak sedar bila aku terlelap. Aku sendiri tak sedar berapa lama aku menahan kesakitan. Sedar2, alarm henpon aku berbunyi nyaring menandakan sudah pukul 6.35 pagi. Aku bangun dan meraba perut. Alhamdulillah.. Sakit dah hilang. Aku bersyukur pada Allah sebab aku berjaya melalui sakit tu. Memang perit, tapi syukurlah dia dah hilang. Itu yang penting.

Itulah namanya sakit senggugut. Pada yang tak tahu, dan tak pernah rasa terutamanya lelaki, bersyukurlah sebab anda semua tak melalui kesakitan tu saban bulan. Bila makwe, kakak atau kawan2 merungut sakit perut sebab senggugut, janganlah melenting. Sebaliknya tenangkanlah dorang. Korang tak faham macamana sakitnya menahan sakit yang satu itu. Datang bulan adalah bilamana tahap ketahanan fizikal wanita menjadi lemah, begitu jugak dengan mentalnya. Dan seterusnya mempengaruhi emosi mereka.

Usahlah dimarah, atau disakitkan hati mereka. Sebaliknya...

Bersyukurlah.

Kerana korang tak perlu melalui fasa yang sama setiap bulan.









Lagi satu, bawak dorang jumpa pakar. Sebab senggugut yang teruk bukan satu petanda normal dan makwe/wife/kakak korang tu mungkin ada masalah kesihatan dan boleh membahayakan nyawa dorang satu hari nanti. So, Love your WOMAN.


(This post is for education meant) *be health yo!




No comments:

Post a Comment